Section outline
-

SELAMAT DATANG!
Selamat datang ke kursus Micro-credentials Keselamatan Makanan bagi Pengendali Makanan Sediaan di Rumah. Sasaran peserta bagi kursus ini adalah pengendali makanan yang menjalankan perniagaan di rumah. Kursus ini menekankan kaedah terbaik dalam memastikan penyediaan makanan sentiasa selamat serta terjamin kebersihannya. Kursus ini menekankan kaedah terbaik dalam memastikan penyediaan makanan di kalangan pengendali makanan sediaan di rumah sentiasa selamat dan terjamin kebersihannya. Antara topik yang diberi penekanan adalah kebersihan dapur, kebersihan pengendali makanan, kawalan suhu dan masa, mengelakkan pencemaran silang serta kawalan serangga dan haiwan perosak.
3 hasil pembelajaran dijangka akan dicapai pada akhir kursus ini:
- Memahami prinsip asas keselamatan makanan
- Menerangkan prosedur penyediaan makanan selamat
- Mengenal pasti kaedah kawalan haiwan dan serangga perosak di kawasan penyediaan makanan
PENTING - Sila baca garis panduan ini sebelum anda memulakan kursus
- Kursus ini merupakan pembelajaran kendiri yang mempunyai 6 topik. Setiap topik disusun agar selari dengan pengetahuan asas tentang keselamatan makanan.
- Topik-topik yang disusun adalah bersifat asas dan kebanyakannya mungkin pernah dipelajari sebelum ini. Namun, kursus ini menggunakan pendekatan yang lebih interaktif bagi membantu pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan perkara baharu serta pengalaman sebenar. Pendekatan ini memudahkan pemahaman dan membolehkan pembelajaran berlaku secara lebih berperingkat dan berkesan.
- Setiap topik mengandungi bahan pembelajaran, aktiviti interaktif, dan penilaian (dalam bentuk kuiz) yang perlu diselesaikan.
- Pensyarah boleh memantau kemajuan dan aktiviti anda melalui platform untuk memastikan anda telah menyelesaikan kursus.
- Menyelesaikan dan lulus semua penilaian adalah wajib. Markah lulus untuk semua penilaian adalah 6 daripada 10 (atau 60%), dan anda hanya mempunyai tiga percubaan untuk lulus setiap penilaian.
- Setiap pelajar perlu menonton video pengenalan, mengikuti video pengajaran, melaksanakan semua aktiviti yang dinyatakan, serta menjawab kuiz yang disediakan.
- Setiap topik perlu dilengkapkan mengikut turutan, dan pelajar tidak boleh meneruskan ke tahap seterusnya tanpa menyelesaikan setiap tugasan yang ditetapkan.
- Terdapat 6 topik keseluruhannya dan 6 lencana digital. Setelah menyelesaikan kursus ini, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus, menunjukkan bahawa anda telah berjaya lulus semua penilaian dalam kursus.
- Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Dr. Noor Azira Abdul Mutalib (n_azira@upm.edu.my).
PENAFIAN: Semua bahan pengajaran tidak mengandungi unsur politik atau agama yang menyentuh sensitiviti kaum.
DAKWAAN ETIKA: Hak cipta intelek dihormati dan piawaian Creative Commons digunakan.
HAK CIPTA INTELEK: Sebagai pelajar kursus ini, anda mempunyai kebenaran penuh untuk menggunakan pelajaran kami untuk pembelajaran anda. Walau bagaimanapun, anda tidak sama sekali mempunyai kebenaran untuk mengedarkan bahan pembelajaran, mengajar pelajaran atau menjualnya.Terima kasih dan selamat belajar!
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Terima kasih kerana menyertai Kursus Micocredential Keselamatan Makanan bagi Pengendali Makanan Sediaan di Rumah. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan asas dan amalan penting agar anda dapat menyediakan makanan dengan selamat, bersih dan mengikut keperluan undang-undang. Sepanjang kursus ini, anda akan belajar tentang kebersihan diri, kebersihan dapur, kawalan pencemaran silang, penyimpanan makanan yang betul, kawalan haiwan perosak serta tanggungjawab sebagai pengendali makanan dari rumah. Anda boleh mengubah kelajuan video pada dengan menekan butang setting. Jangan lupa untuk mencatit semua maklumat penting pada setiap topik.
Sebelum kita mula, saya ingin mengenali anda semua. Bolehkah setiap peserta memperkenalkan diri?
Sila sebutkan nama, jenis makanan yang anda sediakan, dan harapan anda terhadap kursus ini. Klik "Reply" untuk menyertai forum ini.
Semoga kursus ini memberi manfaat kepada setiap pelajar. Terima kasih.
-
-
SLIDE MODUL 1 PENGENALAN KEPADA KESELAMATAN MAKANAN File
Sila rujuk dan teliti slaid Modul 1 bagi memahami konsep asas serta kepentingan keselamatan makanan sebelum meneruskan pembelajaran seterusnya.
1.1 Megabait -
Kenal Pasti Bahaya/Pencemaran Makanan
Berdasarkan modul 1 yang anda tonton sebentar tadi, tulis ringkasan (150–200 patah perkataan) empat cara yang boleh dilakukan oleh pengendali makanan bagi mengelakkan bahaya/pencemaran makanan fizikal, biologi, kimia dan alergen (klik Reply).
-
MODUL 1 - PENGENALAN KEPADA KESELAMATAN MAKANAN (KUIZ) Quiz
Sila jawab kuiz Modul 1 sebagai penilaian kefahaman anda. Anda perlu memperoleh markah lulus 6/10 untuk melayakkan diri meneruskan ke modul seterusnya. Anda diberi masa selama 10 minit untuk menjawab dan boleh mencuba selama 3 kali sahaja. Selamat mencuba!
-
Maklumat Tambahan: Akta Makanan 1983 URL
-
Maklum balas pelajar Forum
Sila nyatakan maklumbalas anda berkenaan dengan modul ini (klik Reply)
-
-
SLIDE MODUL 2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERSIHAN MAKANAN File
Sila rujuk dan teliti slaid Modul 2 bagi memahami faktor-faktor utama yang mempengaruhi kebersihan makanan dalam pengendalian dan penyediaan makanan.
1.3 Megabait -
Pemerhatian Kebersihan Diri Pengendali Makanan
Lawati satu restoran yang mempunyai pensijilan Halal atau BESS. Perhatikan amalan kebersihan pengendali makanan di restoran tersebut. Nyatakan sekurang-kurangnya lima elemen penting yang anda boleh terapkan sebagai pengendali makanan di rumah (klik Reply).
-
MODUL 2 - FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERSIHAN MAKANAN Quiz
Sila jawab kuiz Modul 2 sebagai penilaian kefahaman anda. Anda dikehendaki memperoleh markah lulus 6/10 sebelum meneruskan ke modul seterusnya. Anda diberi masa selama 10 minit untuk menjawab dan boleh mencuba selama 3 kali sahaja. Selamat mencuba!
-
Maklumat Tambahan: Panduan Makanan Selamat URL
-
Maklum balas pelajar Forum
Sila nyatakan maklumbalas anda berkenaan dengan modul ini (klik Reply)
-
-
SLIDE MODUL 3 FASILITI DAN PERALATAN YANG BERSIH File
Sila rujuk dan teliti slaid Modul 3 bagi memahami keperluan kebersihan fasiliti dan peralatan dalam memastikan keselamatan makanan.
940.0 Kilobait -
Audit Dapur Rumah Anda
Lakukan pemeriksaan terhadap dapur rumah anda, tumpukan pada susun atur ruang kerja, keadaan peti sejuk dan sinki, serta penyimpanan bahan mentah dan masak
Ambil gambar sebelum dan selepas pembersihan. Kenal pasti 3 masalah kebersihan dan nyatakan 3 tindakan pembetulan yang anda ambil. Hasilkan laporan ringkas tidak lebih daripada 200 perkataan (klik Reply).
-
MODUL 3 - FASILITI & PERALATAN YANG BERSIH Quiz
Sila jawab kuiz Modul 3 sebagai penilaian kefahaman anda. Anda dikehendaki memperoleh markah lulus sebelum meneruskan ke modul seterusnya. Anda diberi masa selama 10 minit untuk menjawab dan boleh mencuba selama 3 kali sahaja. Selamat mencuba!
-
Maklumat Tambahan: Kebersihan di Fasiliti Perkhidmatan Makanan URL
-
Maklum balas pelajar Forum
Sila nyatakan maklumbalas anda berkenaan dengan modul ini (klik Reply)
-
-
SLIDE MODUL 4 PRA-PENYEDIAAN MAKANAN File
Sila rujuk dan teliti slaid Modul 4 bagi memahami keperluan penyediaan makanan.
980.3 Kilobait -
AKTIVITI MODUL 4: PRA-PENYEDIAAN MAKANAN Forum
Langkah Pra-Penyediaan yang Betul
Pilih satu bahan mentah seperti ayam, ikan, atau sayur-sayuran yang banyak digunakan oleh anda dalam penyediaan makanan. Senaraikan langkah pra-penyediaan selamat yang melibatkan pembelian, kaedah mencuci, kaedah penyimpanan sebelum digunakan, kaedah penyahbekuan dan sebagainya. Jelaskan tidak melebihi 200 perkatan tujuan keselamatan bagi setiap langkah (klik Reply).
-
MODUL 4 - PRA-PENYEDIAAN MAKANAN Quiz
Sila jawab kuiz Modul 4 sebagai penilaian kefahaman anda. Anda dikehendaki memperoleh markah lulus 6/10 sebelum meneruskan ke modul seterusnya. Anda diberi masa selama 10 minit untuk menjawab dan boleh mencuba selama 3 kali sahaja. Selamat mencuba!
-
Maklumat Tambahan: Perkara yang Perlu Diketahui Sebelum Menyedia, Memasak dan Menyimpan Makanan URL
-
Maklum balas pelajar Forum
Sila nyatakan maklumbalas anda berkenaan dengan modul ini (klik Reply)
-
-
SLIDE MODUL 5 PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT File
Sila rujuk dan teliti slaid Modul 5 bagi memahami keperluan penyediaan makanan dengan selamat.
633.5 Kilobait -
Simulasi Penyediaan Makanan Selamat
Rancang satu menu mudah yang akan sediakan untuk pelanggan. Rekod aktiviti memasak anda dan sebut dengan jelas elemen kebersihan makanan yang diterapkan, contohnya suhu memasak yang betul, penggunaan peralatan yang bersih, mengalakkan pencemaran silang dan sebagainya. Sediakan video pendek (1–2 minit) atau slideshow bergambar. Video boleh dimuat naik ke platform media sosial pelajar seperti Facebook, Instagram atau TikTok. Pastikan tetapan diubah kepada "umum". Berikan link kepada video atau slideshow anda di sini (klik Reply).
-
MODUL 5 - PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT Quiz
Sila jawab kuiz Modul 5 sebagai penilaian kefahaman anda. Anda dikehendaki memperoleh markah lulus 6/10 sebelum meneruskan ke modul seterusnya. Anda diberi masa selama 10 minit untuk menjawab dan boleh mencuba selama 3 kali sahaja. Selamat mencuba!
-
Maklumat Tambahan: Langkah penyediaan makanan yang selamat, elak keracunan makanan URL
-
Maklum balas pelajar Forum
Sila nyatakan maklumbalas anda berkenaan dengan modul ini (klik Reply)
-
-
SLIDE MODUL 6 KAWALAN SERANGGA DAN HAIWAN PEROSAK File
Sila rujuk dan teliti slaid Modul 6 bagi memahami keperluan kawalan seranggan dan haiwan perosak.
704.9 Kilobait -
Kenal Pasti Risiko Kehadiran Makhluk Perosak di Rumah
Lakukan pemerhatian di dapur atau kawasan penyediaan makanan anda. Kenal pasti tanda-tanda kehadiran makhluk perosak, seperti kesan gigitan pada bungkusan makanan, najis tikus atau lipas, serta lubang atau celahan yang boleh menjadi laluan masuk. Cadangkan 3 langkah pencegahan dan 2 kaedah kawalan selamat (tanpa bahan kimia berbahaya) yang boleh anda terapkan bagi mengelakkan kehadiran makhluk perosak (klik Reply).
-
MODUL 6 - KAWALAN MAKHLUK PEROSAK Quiz
Sila jawab kuiz Modul 6 sebagai penilaian kefahaman anda. Anda dikehendaki memperoleh markah lulus 6/10 bagi melengkapkan modul ini. Anda diberi masa selama 10 minit untuk menjawab dan boleh mencuba selama 3 kali sahaja. Selamat mencuba!
-
Maklumat Tambahan: Strategi Kawalan Perosak yang Berkesan URL
-
Maklum balas pelajar Forum
Sila nyatakan maklumbalas anda berkenaan dengan modul ini (klik Reply)


