Section outline
-

SELAMAT DATANG!
Selamat datang ke kursus Micro-credentials Keselamatan Makanan bagi Pengendali Makanan Sediaan di Rumah. Sasaran peserta bagi kursus ini adalah pengendali makanan yang menjalankan perniagaan di rumah. Kursus ini menekankan kaedah terbaik dalam memastikan penyediaan makanan sentiasa selamat serta terjamin kebersihannya. Kursus ini menekankan kaedah terbaik dalam memastikan penyediaan makanan di kalangan pengendali makanan sediaan di rumah sentiasa selamat dan terjamin kebersihannya. Antara topik yang diberi penekanan adalah kebersihan dapur, kebersihan pengendali makanan, kawalan suhu dan masa, mengelakkan pencemaran silang serta kawalan serangga dan haiwan perosak.
3 hasil pembelajaran dijangka akan dicapai pada akhir kursus ini:
- Memahami prinsip asas keselamatan makanan
- Menerangkan prosedur penyediaan makanan selamat
- Mengenal pasti kaedah kawalan haiwan dan serangga perosak di kawasan penyediaan makanan
PENTING - Sila baca garis panduan ini sebelum anda memulakan kursus
- Kursus ini merupakan pembelajaran kendiri yang mempunyai 6 topik. Setiap topik disusun agar selari dengan pengetahuan asas tentang keselamatan makanan.
- Topik-topik yang disusun adalah bersifat asas dan kebanyakannya mungkin pernah dipelajari sebelum ini. Namun, kursus ini menggunakan pendekatan yang lebih interaktif bagi membantu pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan perkara baharu serta pengalaman sebenar. Pendekatan ini memudahkan pemahaman dan membolehkan pembelajaran berlaku secara lebih berperingkat dan berkesan.
- Setiap topik mengandungi bahan pembelajaran, aktiviti interaktif, dan penilaian (dalam bentuk kuiz) yang perlu diselesaikan.
- Pensyarah boleh memantau kemajuan dan aktiviti anda melalui platform untuk memastikan anda telah menyelesaikan kursus.
- Menyelesaikan dan lulus semua penilaian adalah wajib. Markah lulus untuk semua penilaian adalah 6 daripada 10 (atau 60%), dan anda hanya mempunyai tiga percubaan untuk lulus setiap penilaian.
- Setiap pelajar perlu menonton video pengenalan, mengikuti video pengajaran, melaksanakan semua aktiviti yang dinyatakan, serta menjawab kuiz yang disediakan.
- Setiap topik perlu dilengkapkan mengikut turutan, dan pelajar tidak boleh meneruskan ke tahap seterusnya tanpa menyelesaikan setiap tugasan yang ditetapkan.
- Terdapat 6 topik keseluruhannya dan 6 lencana digital. Setelah menyelesaikan kursus ini, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus, menunjukkan bahawa anda telah berjaya lulus semua penilaian dalam kursus.
- Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus, sila hubungi Dr. Noor Azira Abdul Mutalib (n_azira@upm.edu.my).
PENAFIAN: Semua bahan pengajaran tidak mengandungi unsur politik atau agama yang menyentuh sensitiviti kaum.
DAKWAAN ETIKA: Hak cipta intelek dihormati dan piawaian Creative Commons digunakan.
HAK CIPTA INTELEK: Sebagai pelajar kursus ini, anda mempunyai kebenaran penuh untuk menggunakan pelajaran kami untuk pembelajaran anda. Walau bagaimanapun, anda tidak sama sekali mempunyai kebenaran untuk mengedarkan bahan pembelajaran, mengajar pelajaran atau menjualnya.Terima kasih dan selamat belajar!
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Terima kasih kerana menyertai Kursus Micocredential Keselamatan Makanan bagi Pengendali Makanan Sediaan di Rumah. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan asas dan amalan penting agar anda dapat menyediakan makanan dengan selamat, bersih dan mengikut keperluan undang-undang. Sepanjang kursus ini, anda akan belajar tentang kebersihan diri, kebersihan dapur, kawalan pencemaran silang, penyimpanan makanan yang betul, kawalan haiwan perosak serta tanggungjawab sebagai pengendali makanan dari rumah. Anda boleh mengubah kelajuan video pada dengan menekan butang setting. Jangan lupa untuk mencatit semua maklumat penting pada setiap topik.
Sebelum kita mula, saya ingin mengenali anda semua. Bolehkah setiap peserta memperkenalkan diri?
Sila sebutkan nama, jenis makanan yang anda sediakan, dan harapan anda terhadap kursus ini. Klik "Reply" untuk menyertai forum ini.
Semoga kursus ini memberi manfaat kepada setiap pelajar. Terima kasih.


