Enrolment options

Perkembangan dan Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berasaskan Psikologi

Kursus Perkembangan dan Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berasaskan Psikologi memberikan pendedahan kepada konsep asas psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja yang merangkumi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi serta faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan individu. Penekanan diberikan kepada teori-teori utama psikologi perkembangan bagi membantu peserta memahami proses perkembangan, tingkah laku dan emosi kanak-kanak serta remaja secara menyeluruh.

Selain itu, kursus ini turut memberi fokus kepada pengaruh keturunan, keluarga dan konteks sosial terhadap perkembangan individu serta strategi pengurusan tingkah laku yang boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan sebenar. Peserta juga didedahkan kepada prinsip intervensi awal dan pendekatan psikologi yang sesuai bagi menyokong perkembangan positif kanak-kanak dan remaja dalam konteks keluarga, pendidikan dan masyarakat.

Secara keseluruhannya, kursus ini bertujuan membantu peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam memahami perkembangan dan pengurusan tingkah laku kanak-kanak secara lebih sistematik dan berkesan.

Guests cannot access this course. Please log in.